KAKITANGAN Petronas Dagangan Bhd. menunjukkan peta dunia sempena pelancaran pertandingan Cuti Idaman Saya di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 21 Jun - Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan lebih tiga juta pemegang kad mesranya menyertai pertandingan 'Cuti idaman saya' yang berlangsung selama tiga bulan, bermula 8 Jun lalu.
Pertandingan 'Cuti idaman saya' yang menawarkan 1,015 hadiah menarik termasuk baucar penerbangan bernilai RM1.5 juta.
Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan Runcitnya, Akbar Md. Thayoob berkata, para pelanggan yang juga ahli Kad Mesra Petronas hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk kombo terpilih berharga serendah RM3 di Kedai Mesra atau pembelian minimum sebanyak RM10 di kedai Mini Mesra di 1,000 buah stesen Petronas di seluruh negara.
Katanya, pertandingan ini adalah inisiatif terbesar PDB pada tahun ini bagi memberi ganjaran kepada pelanggan Petronas untuk memenangi hadiah menarik.
"Pertandingan 'Cuti idaman saya' yang direka khusus dan mudah ini adalah khusus untuk para pelanggan setia Petronas sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan pertandingan itu di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis ialah Pengurus Besar Bahagian Pengalaman Pelanggan PDB, Raja Mazhar Mohar Raja Mohar dan Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi dan Jualan Runcit PDB, Faris Mustaffa.
Pertandingan yang bermula 8 Jun sehingga 31 Ogos ini memberi peluang kepada para pelanggan untuk memilih hadiah dan destinasi pelancongan yang ingin dimenangi mereka.
Pertandingan itu turut memilih lima pemenang hadiah utama yang bakal membawa pulang baucar penerbangan bernilai RM35,000, wang tunai berjumlah RM20,000 dan mata ganjaran kad Mesra bernilai RM15,000 setiap seorang.
Artikel Penuh: Utusan Online
No comments:
Post a Comment