Wednesday, July 3, 2013

Maybank Cari Calon Pertandingan Bakat Perniagaan

Maybank cari calon pertandingan bakat perniagaan

3 Julai 2013

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) sedang mencari ahli profesional berpotensi dalam kalangan graduan muda bagi berkhidmat dengan kumpulan itu di bawah pertandingan pengambilan bakat perniagaannya, ‘The Maybank GO Ahead Challenge 2013’.

Lebih daripada 2,700 pemohon dari seluruh Malaysia telah dimasukkan dalam senarai pendek bagi pemilihan 70 calon terbaik dan daripada jumlah itu, 16 pemohon akan dipilih untuk mewakili negara ke pusingan akhir Ogos ini.

Cabaran tahun ini merangkumi Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Kemboja dan Filipina, dengan tambahan Thailand, Vietnam, China dan United Kingdom.

Pertandingan yang masuk ke tahun kedua itu ialah pertandingan bakat perniagaan pelbagai disiplin yang terbuka kepada graduan baru dan mahasiswa tahun akhir universiti.

Ketua Bahagian Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abdul Manaf berkata, banyak diperkatakan tentang pengangguran di kalangan graduan.

Oleh itu katanya, Maybank mengambil keputusan untuk memenuhi jurang ini dengan menggalakkan mereka menyertai pertandingan untuk beri pengalaman secara langsung.

Seramai 50 calon dari 10 negara itu akan dipilih untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM228,170 (ASD72,000) dan peluang menyertai program perantis Maybank Global Maybank (GMAP).

GMAP ialah satu daripada program perancangan graduan bank itu yang ditawarkan kepada graduan baru tamat pengajian.

Ia program bekerja sambil belajar selama dua tahun bagi graduan meneroka dan mengalami fungsi berlainan melalui giliran tersusun.

“Ini termasuklah tugasan antarabangsa selama tiga bulan bagi pendedahan.

"Ini bererti perantis kami boleh berkhidmat mana-mana operasi di luar negara dalam rantau ini,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment